Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Sejumlah 46 kes tingkap jatuh antara Jan hingga Nov

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sejumlah 46 kes tingkap jatuh antara Jan hingga Nov

Dec 13, 2018 | 05:30 AM



TERDAPAT 46 kes tingkap jatuh dalam 11 bulan pertama tahun ini, menurut perangkaan terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa semalam.



Angka itu lebih tinggi berbanding purata tahunan sebanyak 45 kes dalam tempoh lima tahun yang lalu, kata Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam satu kenyataan bersama.



Dalam 46 kes yang dilaporkan tahun ini, 23 daripadanya melibatkan tingkap berbingkai manakala 19 kes pula membabitkan tingkap gelangsar, lapor The Straits Times.



Baki empat kes melibatkan jenis tingkap yang lain, seperti anak tingkap.



Tiada kecederaan dilaporkan dalam kes tersebut.



BCA dan HDB berkata tingkap di rumah boleh menjadi haus dan lusuh dengan masa.



Tanpa penyenggaraan kerap, tingkap boleh tercungkil keluar atau terjatuh dan menimbulkan ancaman kepada keselamatan awam, tambah mereka.



Pengarah jabatan penguatkuasaan dan pemeriksaan struktur BCA, Encik Lim Beng Kwee, berkata:



"Setiap kes adalah bahaya kepada masyarakat yang berpotensi membawa maut. Namun, kejadian tingkap jatuh boleh dicegah apabila pemilik rumah tahu tentang risikonya, menjalankan tugas untuk memeriksa tingkap sekali setiap enam bulan dan mengambil tindakan segera untuk membaikinya."



Pihak berkuasa mendapati bahawa punca utama bagi kes tingkap berbingkai yang jatuh adalah disebabkan penghakisan pada rivet aluminium.



Pengakisan menjejas kekuatan rivet dan ini bermakna ia tidak dapat memegang panel tingkap dengan kuat, kata mereka.



Sejak 2004, pemilik rumah perlu menggantikan semua rivet aluminium bagi tingkap berbingkai dengan rivet keluli tahan karat.



Kes tingkap jatuh mencecah 71 kes pada 2012 dan selepas itu tidak pernah melebihi 46 kes sehingga tahun lalu.



Tahun 2017 mencatat rekod tertinggi bagi kes tingkat jatuh apabila sebanyak 50 kes dicatatkan sepanjang tahun lalu.



Bagi kejadian yang melibatkan tingkap gelangsar pula, kebanyakan kes jatuh berlaku disebabkan kurangnya penahan keselamatan yang sesuai dan jalur penjuru demi memastikan panel tingkap berada dalam laluannya.



Panel tingkap sedemikian boleh terkeluar dan jatuh apabila pemilik rumah membuka atau menutup tingkap dengan kuat.



Pihak berkuasa berkata pemilik rumah harus memastikan penahan keselamatan dan jalur penjuru bagi tingkap gelangsar terletak dengan betul.



Mereka juga harus menggantikan bahagian yang haus dan lusuh dengan segera.



BCA dan HDB juga menggesa pemilik dan penghuni rumah untuk mengutamakan keselamatan tingkap dengan mengikuti tiga langkah berikut: Periksa, Bersih dan Tukar.



Mereka yang mempunyai tingkap berbingkai harus memastikan kancing tingkap tidak karat atau longgar, membersihkan dan melumur minyak pada bahagian bersambung atau bahagian bergerak, dan menukar semua rivet aluminium kepada rivet keluli tahan karat.



Mereka yang mempunyai tingkap gelangsar pula harus memastikan penahan keselamatan dan jalur penjuru terletak dalam tempat yang betul, membersihkan laluan tingkap dan memastikan panel tingkap boleh meluncur dengan licin, dan menukar penahan keselamatan dan jalur penjuru yang lusuh menggunakan khidmat kontraktor yang diluluskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >