Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Sekilas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sekilas

Dec 18, 2019 | 05:30 AM



Tender penjualan Sim Lim Square ada 'pemanis' buat pembeli



SIM Lim Square telah melancarkan tender penjualan kolektif keduanya dengan 'pemanis' buat pemaju hartanah berpotensi - tambahan 27 peratus ruang dibina dan bayaran pembangunan yang mungkin lebih rendah.



Namun, harga jualan tidak berubah pada lebih $1.25 bilion. Tarikh tutup tender itu ialah 30 Disember ini.



Ia merupakan bonus yang tidak dijangkakan apabila jawatankuasa penjualan kolektif Sim Lim Square melakukan siasatan ke atas kawasan bersih yang boleh disewakan pusat beli-belah itu dan menemui tambahan 27 peratus ruang dibina, kata pengerusi jawatankuasa, Encik Vikas Gupta, lapor The Straits Times.



"Kawasan bersih yang boleh disewakan seluas 237,066 kaki persegi kelihatan agak kecil disebabkan pembaziran tempat ruang bersama, koridor… Oleh itu, kami melantik seorang arkitek untuk melakarkan semula peta bangunan, dan dalam proses itu, mendapati bahawa ruang dibina adalah lebih besar daripada yang dijangkakan pada 499,715 kaki persegi - 27 peratus lebih luas berbanding 391,000 kaki persegi dalam dokumen perancangan," kata beliau.




Rancangan Boeing henti keluaran pesawat 737 Max dijangka jejas pekerja



WASHINGTON: Langkah Boeing untuk menghentikan pengeluaran pesawat 737 Max bagi tempoh masa yang tidak pasti boleh menjejas ekonomi Amerika Syarikat dan puluhan ribuan pekerja perkilangan.



Sebagai antara syarikat perkilangan terbesar Amerika dan komponen terbesar indeks saham Amerika Dow Jones, Boeing memainkan peranan penting dalam ekonomi Amerika, lapor agensi berita.



Boeing berkata keputusan itu tidak akan serta-merta menyebabkan pemberhentian pekerjaan berlaku dalam kalangan kakitangannya sendiri, yang seramai 153,000 pekerja, sambil menambah bahawa pekerja akan "meneruskan kerja berkaitan 737 atau dikerahkan ke pasukan lain buat sementara waktu".



Namun, rantaian bekalan Boeing termasuk ratusan syarikat perkilangan Amerika lain, daripada firma berpangkalan di Kansas, Spirit AeroSystems, yang membuat fiuslaj bagi 737 - dan bergantung pada Boeing bagi hampir separuh perniagaannya - kepada pasukan pemasangan enjin di luar Cincinnati.



Kebanyakan syarikat lebih kecil ini mungkin tidak mempunyai aliran tunai atau kelebihan kerja untuk mengekalkan pekerja mereka melalui tempoh pemberhentian kerja berlarutan itu. - Agensi berita.




Tujuh pesawat Hong Kong Airlines dirampas kerana syarikat gagal bayar



HONG KONG: Tujuh pesawat syarikat penerbangan Hong Kong Airlines, yang hampir kehilangan lesen penerbangannya disebabkan masalah kewangan, telah dirampas Penguasa Lapangan Terbang bandar itu selepas mereka gagal membuat pembayaran.



Rampasan itu dibuat mengikut Ordinan Penguasa Lapangan Terbang, kata agensi pemerintah itu dalam satu e-mel, sambil menukil satu seksyen peraturan yang menangani pembayaran terlewat, lapor agensi berita.



Statut itu membolehkan pihak berkuasa menjual pesawat tersebut jika ia tidak dibayar balik dalam tempoh 60 hari ia ditahan.



Hong Kong Airlines, yang mempunyai 39 pesawat Airbus SE, berkata beberapa pesawatnya belum dijadualkan bagi operasi dan digantung daripada perkhidmatan di bawah aturan Penguasa Lapangan Terbang.



Operasi syarikat itu masih berterusan seperti biasa, katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >