Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Sekilas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sekilas

May 12, 2020 | 05:30 AM



Kesan pemutus litar: Firma-firma sedang berusaha kekalkan tenaga kerja asing



SYARIKAT-SYARIKAT sedang berusaha mengekalkan tenaga kerja asing meskipun terdapat tekanan dari segi kos akibat pemutus litar, tetapi jika terpaksa, golongan pekerja ini adalah yang pertama diberhentikan, kata pakar sumber manusia dan majikan.



Golongan pekerja asing adalah tunggak ekonomi, dengan sekitar 1.15 juta digajikan di sini, termasuk mereka yang mempunyai pas pekerjaan, pas S dan permit kerja. Jumlah tersebut tidak termasuk pekerja domestik asing.



Terdapat beberapa laporan mengenai pengurangan kos dan pembuangan pekerja di tengah-tengah ketidaktentuan pandemik, dan lazimnya, golongan yang dibuang adalah tenaga kerja asing, kata pengarah urusan firma sumber manusia, PeopleWorldwide Consulting, Encik David Leong.




Arab Saudi akan gantung kos elaun kehidupan, naikkan cukai nilai tambahan



ARAB Saudi akan menggantung kos elaun kehidupan dan meningkatkan cukai nilai tambahan tiga kali ganda sebagai sebahagian daripada langkah memperkukuh kewangan negara itu.



Ini setelah ia digugat oleh harga minyak rendah dan kelembapan ekonomi ekoran koronavirus, menurut laporan Reuters.



"Kos elauns kehidupan akan digantung pada 1 Jun dan cukai tambah nilai akan dinaikkan kepada 15 peratus daripada 5 peratus pada 1 Julai," kata laporan agensi berita negara itu.



Negara pengeksport minyak terbesar di dunia itu sedang mengalami kesan daripada harga minyak yang menjunam dan pada masa sama, langkah memerangi koronavirus dijangka menyekat rentak dan skala pembaharuan ekonomi yang diperkenalkan Putera MahkotaMohammed bin Salman.



Langkah baru itu diperkenalkan semalam sedang perbelanjaan negara itu melebihi pendapatan, menyebabkan Arab Saudi berdepan dengan defisit belanjawan sebanyak AS$9 bilion ($12.7 bilion) pada suku pertama tahun kewangan.




SGX REGCO mansuh peraturan harga dagangan minimum



SGX REGCO, cabang pengawalan Bursa Singapura (SGX) berkata ia akan memansuhkan tuntutan bagi syarikat bagi mengekalkan harga saham minimum (MTP) pada 1 Jun.



Peraturan MTP itu telah dilaksanakan pada 2016 bagi mencegah usaha manipulasi harga saham.



Ia menyatakan bahawa sebuah syarikat yang tersenarai di papan utama SGX, perlu mengekalkan harga saham purata terwajar jumlah (volume weighted) selama enam bulan, sebanyak 20 sen dan nilai pemodala pasaran harian purata enam bulan, sekurang-kurangnya $40 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >