PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata di konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP) baru-baru ini bahawa kenaikan cukai "bulan soal sama ada tetapi soal bila", mencetuskan debat hangat dan spekulasi atas kenaikan cukai yang akan berlaku.
Pemerintah berhujah bahawa kenaikan cukai adalah perlu, memandangkan perbelanjaan semakin meningkat bagi prasarana dan keperluan sosial - terutamanya sedang penduduk semakin menua. Perbelanjaan pemerintah bertambah lebih seganda antara 2007 dengan tahun lalu, dari $33 bilion kepada $71 bilion.