SEKTOR perkilangan elektronik akan mewujudkan 2,100 karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) dan nilai tambah sebanyak $22.2 bilion dalam ekonomi Singapura menjelang 2020.
Ini apabila keupayaan bagi sektor elektronik diluaskan dan lebih banyak "kilang bijak di masa hadapan" akan dibangunkan, menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perusahaan), Encik S Iswaran.