Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Sembcorp Marine beri notis kerugian 3 tahun berturut-turut

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sembcorp Marine beri notis kerugian 3 tahun berturut-turut

Apr 03, 2020 | 09:38 AM



PEMBINA carigali, Sembcorp Marine, telah memberi notis bahawa ia telah mencatat kerugian sebelum cukai bagi tiga tahun berturut-turut, lapor The Business Times hari ini.



Bagaimanapun sehingga semalam, pasaran modal kumpulan itu bagi tempoh purata enam bulan ialah S$2.46 bilion.



Ini bermakna kumpulan itu perlu memenuhi kelayakan masuk kewangan bagi mengelak daripada diletakkan dalam senarai pemantauan bursa Singapura, Singapore Exchange (SGX).



Di bawah peraturan penyenaraian bursa, syarikat-syarikat di senarai papan utama akan diletakkan di senarai pemantauan di bawah kelayakan masuk kewangan sekiranya mereka mencatat kerugian sebelum cukai bagi tempoh tiga bulan terakhir tahun kewangan, dan gagal mengekalkan purata pasaran modal harian sekurang-kurangnya $40 juta untuk enam bulan terakhir. 



Syarikat-syarikat dalam senarai pemantauan mesti mengambil langkah aktif untuk memenuhi tuntutan kewangan dalam masa 36 bulan dari tarikh mereka diletakkan dalam senarai tersebut .



Ini bermakna, mencatat keuntungan sebelum cukai yang disatukan bagi tahun kewangan terkini, berdasarkan pengauditan akaun yang disatukan bagi tempoh setahun penuh, serta mempunyai purata pasaran modal harian berjumlah $40 juta atau lebih. Jika tidak, mereka akan dikeluarkan daripada senarai SGX, atau dagangan mereka digantung, dengan kemungkinan dikeluarkan daripada penyenaraian di papan bursa. 



SembMarine mencatat kerugian bersih $137 juta bagi fiskal 2019, berbanding kerugian bersih $74 bagi fiskal 2018, menurut laporan tahunan 2019. 



Ini disebabkan oleh peningkatan penurunan nilai $48 juta bagi Limbungan Tanjong Kling dan jumlah perniagaan yang secara berterusan rendah.



Kerugian ini sebahagiannya ditampung oleh bidang pembaikan dan peningkatan, yang mencatatkan peningkatan tipis dan campuran produk niaga yang lebih baik. 



Harga Saham SembMarine mencapai 68.5 sen Singapura semalam, naik dua sen atau 3 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >