MEREKA merupakan pesaing dalam industri pakaian di Singapura. Tetapi, persaingan itu diketepikan oleh sembilan peniaga Melayu/Islam yang memutuskan bekerjasama dalam sekitaran runcit yang lemah ini.
Bak kata pepatah 'bersatu teguh, bercerai roboh', banyak kelebihan diraih dengan bekerjasama, kata Cik Nadiah Khalid Abdat, pemilik tiga jenama Sahara Shawl, Birue dan Nadia Abdat yang mencetuskan idea itu setelah duduk berbincang dengan Cik Raziah Abdul Hamid dari Butik Alia Anggun.