Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Seminar bincang isu ekonomi baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Seminar bincang isu ekonomi baru

Kerjasama Majlis Ekonomi Masa Depan, politeknik dan akhbar sedia wadah kongsi maklumat bagi peniaga
Oct 27, 2019 | 05:30 AM



PERUBAHAN pesat dalam iklim niaga hari ini amat mencabar golongan peniaga setempat.



Tetapi, ia dapat diatasi apabila semangat kolaborasi dipupuk agar sokongan dapat dihulurkan.



Semangat itulah yang mendorong akhbar Berita Harian/Berita Minggu untuk mengadakan satu Seminar Ekonomi Baru pada Isnin, 11 November ini di Politeknik Singapura (SP).



Diadakan dengan sokongan Majlis Ekonomi Masa Depan (FEC), seminar itu akan disertakan dengan dialog bersama Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Chee Hong Tat.



Dialog itu membolehkan golongan peniaga, khususnya peniaga Melayu/Islam, bertukar-tukar pandangan dan cabaran yang dihadapi dengan Encik Chee.



Ini merupakan tahun kedua BH/BM menganjurkan seminar itu bagi menjadi 'jambatan' antara golongan peniaga dengan pemerintah dan institusi pengajian tinggi.



Mengulas mengapa seminar itu dianjurkan akhbar ini, Editor BH/BM, Encik Saat Abdul Rahman, berkata:p



"Ini sebahagian usaha BH/BM meluaskan wadah kami, termasuk meluaskan rangkaian dan jalinan kami dengan pelbagai sektor masyarakat. Ini termasuk golongan peniaga dan usahawan. Kami mengalu-alukan sokongan Majlis Ekonomi Masa Depan dalam usaha ini.



"Begitu juga dengan kerjasama pihak politeknik. Usaha ini titik permulaan yang baik, untuk membina persabahatan, berkongsi pengetahuan dan bekerjasama. Dalam era ekonomi yang pantas berubah, peniaga kita perlu menyesuaikan diri, membangunkan keupayaan serta merebut peluang baru yang tersedia. Kami boleh menjadi wadah bagi peniaga memberikan maklum balas kepada pemerintah.''



BH/BM, sebelum ini, turut memainkan peranan mendekati golongan peniaga, termasuk dengan mengadakan beberapa siri sesi kenal suai peniaga dan sesi perkongsian niaga - secara tetap - di Wisma Geylang Serai (WGS).



Di edisi pertama seminar ini tahun lalu, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, berdialog dengan golongan peniaga di Centre of Innovation for Supply Chain Management (COI-SCM), Politeknik Republic.



Kali ini, dua buah syarikat Melayu/Islam iaitu Asyura Paste dan Lemaq akan mengongsi pengalaman mereka berinovasi melanjutkan jangka hayat produk masing-msaing dengan kerjasama Pusat Inovasi dan Sumber Makanan (FIRC).



FIRC, yang merupakan usaha sama SP dan Enterprise Singapore (ESG), menyediakan pakar-pakar dan makmal ujian bagi syarikat. Wakil FIRC akan juga mengongsi khidmat disediakan mereka.



Seminar itu akan diadakan di Blok T11C, aras dua di Politeknik Singapura (masuk di gerbang pintu 8).



Ia akan diadakan dari 2.30 hingga 5.30 petang. Tidak ada bayaran dikenakan. Namun mereka yang berminat perlu mendaftar di econ.sphevents.com.sg.



Laporan lanjut : PropNex dikenali di sini, giat ukir nama di negara-negara jiran




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >