Sesi dagangan sekuriti di SGX tergendala akibat gangguan teknikal
Jul 15, 2016 | 05:30 AM
PASARAN sekuriti Singapura tidak dibuka semula semalam selepas ia mengalami gangguan teknikal hingga menyebabkan kegiatan dagangan digantung sejak pagi semalam.
Bursa Singapura (SGX) mengesahkan sekitar 4 petang semalam - lebih empat jam setelah perdagangan digantung - bahawa ia tidak akan menyambung semula dagangan selepas waktu itu sebagaimana yang diumumkan sebelum itu.