SGM giat usaha tarik lebih ramai guru jadi anggota

KOPERATIF kredit Syarikat Guru-Guru Melayu Koperatif Berhad (SGM) ingin menarik lebih ramai anggota, terutama guru muda, agar menyertai koperatif itu dan memanfaatkan kemudahan pinjamannya.

Tahun lalu, koperatif itu hanya dapat menarik sembilan anggota baru berbanding 20 yang mengundurkan diri setelah bersara daripada kerjaya itu.