Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

SGX, DBS lancar program celik wang untuk pelabur baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SGX, DBS lancar program celik wang untuk pelabur baru

Jul 15, 2018 | 05:30 AM



BURSA Singapura (SGX) dan DBS telah melancarkan satu program pendidikan kewangan yang disasarkan kepada pelabur baru yang berminat melabur tetapi tidak pernah melabur.



Program interaktif yang dikenali sebagai 'Fly With DBS and SGX' itu akan melengkapkan pelabur baru dengan pengetahuan, kemahiran dan alat.



Akademi SGX dan DBS akan membangunkan bahan kursus pelaburan bagi tiga kumpulan sasaran: golongan wanita agar mereka mencapai kebebasan kewangan dalam setiap tahap kehidupan, golongan dewasa muda agar mereka memupuk sikap pelaburan yang baik, dan membantu Generasi X melengkapi dana persaraan mereka melalui pelaburan.



"Kami menyedari bahawa ketiadaan pengetahuan kewangan menghalang golongan dewasa muda daripada melabur duit mereka walaupun mereka mahu,'' kata ketua perbankan pengguna dan pengurusan harta DBS, Cik Tan Su Shan.



Singapura merupakan salah sebuah hab kewangan dan pelaburan dunia tetapi satu tinjauan menunjukkan terdapat jurang mengenai tahap celik kewangan kerana hanya satu pertiga orang dewasa yang bekerja tidak merancang bagi persaraan mereka.



Sembilan daripada setiap 10 rakyat Singapura merasakan perlu meningkatkan pemahaman mengenai pelaburan mereka.



Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman https:// www.sgxacademy. com/flywithdbs.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >