GANGGUAN yang menyebabkan penutupan kegiatan dagangan saham di Bursa Singapura (SGX) kelmarin akibat isu hadwe dalam sistem yang disediakan Nasdaq.
Mendedahkan demikian dalam satu sidang menerusi telefon dengan pihak media semalam, Ketua Eksekutif SGX, Encik Loh Boon Chye, memberi keyakinan bahawa pasaran sudah dibuka semula dan berfungsi dengan baik.