USAHAWAN KITA
Shahidah Travel terus kembang perniagaan
Kini jana penjualan sekitar $20j setahun dengan tumpuan kepada pakej haji, umrah
May 31, 2019 | 05:30 AM
BERMULA sebagai sebuah syarikat yang ingin membantu warga Melayu yang mempunyai perniagaan kecil-kecilan berkembang dan menerapkan automasi, syarikat Shahidah Muslim Services kini berkembang menjadi sebuah syarikat yang menjana penjualan mencecah sekitar $20 juta setahun.
Malah, apa yang dilakukan syarikat itu dahulu tidak serupa dengan sektor yang diceburinya pada masa ini.