Shanmugam tekankan kepentingan strategik perjanjian kerjasama ekon rentas Pasifik
Jun 17, 2015 | 05:30 AM
MENTERI Ehwal Luar merangkap Menteri Undang-Undang, Encik K. Shanmugam (gambar), menekankan kepentingan strategik Perjanjian Kerjasama Ekonomi Strategik Rentas Pasifik (TPP) dalam lawatan rasmi beliau ke Washington DC di Amerika Syarikat.
Bercakap dalam Forum Kepimpinan The Banyan Tree bagi hubungan Amerika-Asia kelmarin, beliau berkata TPP, jika berjaya dimeterai, akan menjadi tunggak hubungan Amerika di Asia-Pasifik.