SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines Ltd (SIA) berkata ia menjangka mengurangkan pekerjaan sebagai sebahagian daripada semakan syarikat itu bagi meningkatkan pendapatan setelah ia mengalami kerugian suku tahunan baru-baru ini.
Pembuangan pekerja satu kemungkinan di bawah proses itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIA, Encik Goh Choon Phong, kepada pemberita kelmarin dalam mesyuarat tahunan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa.