Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

SIA raih $10b bagi tangani cabaran Covid-19

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIA raih $10b bagi tangani cabaran Covid-19

Jun 08, 2020 | 09:45 AM



SYARIKAT penerbangan Singapura, Singapore Airlines (SIA), hari ini mengumumkan ia telah meraih S$10 bilion melalui Terbitan Hak baru-baru ini, serta gabungan terjamin dan tidak bercagar kemudahan kredit. 



Ini meletakkan SIA pada kedudukan yang stabil sedang ia menangani cabaran yang ditimbulkan akibat penularan wabak global Covid-19.



SIA dalam kenyataannya hari ini menyatakan, ia memperoleh kecairan sebanyak $8.8 bilion dan berjaya menamatkan langkah penawaran hak tersebut pada 5 Jun lalu. 



Sejumlah $900 juta lagi diperoleh melalui pinjaman jangka panjang ke atas beberapa pesawat Airbus A350-900 dan Boeing 787-10 SIA.



Di samping itu, SIA juga telah komited mengatur jalur kredit baru dan pinjaman tidak bercagar jangka pendek dengan beberapa bank, yang memberikan tunai tambahan berjumlah lebih $500 juta.



Secara berasingan, semua had kredit komited yang ada yang akan tamat tempo pada 2020 telah diperbaharui sehingga 2021 atau lebih lama, bagi memastikan kemudahan akses kepada lebih daripada $1.7 bilion dalam kecairan.



Dalam tempoh ketidakpastian yang meningkat ini, SIA akan terus meneroka kaedah tambahan untuk meningkatkan kecairan jika perlu. 



Untuk tempoh sehingga Julai 2021, ia juga mengekalkan pilihan untuk mengumpul tunai tambahan sehingga $6.2 bilion menerusi bon boleh tukar wajib, yang akan memberikan kecairan tambahan jika perlu.



Ketua Eksekutif Singapore Airlines, Encik Goh Choon Phong berkata. "Kami bersyukur atas sokongan kuat pemegang saham dalam menjayakan penerbitan hak yang berjaya, yang telah menjamin masa depan syarikat di tengah-tengah krisis kesihatan dan ekonomi global yang belum pernah terjadi sebelumnya.



"Kami juga berterima kasih kepada bank-bank perhubungan kami atas sokongan mereka dalam meluaskan pinjaman bercagar dan tidak bercagar tambahan, serta komited dalam penyediaan kredit. 



"SIA akan tetap teguh dan tangkas dalam tempoh ketidakpastian yang getir ini, dan akan bertindak pantas dalam menanggapi keadaan pasaran yang sedang berubah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >