SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines (SIA) dan SilkAir telah menandatangani perjanjian kod perkongsian baru dengan anak syarikatnya Scoot, penerbangan kos rendah kumpulan SIA.
Di bawah perjanjian itu, penumpang boleh mengakses lebih 30 destinasi Scoot dan secara keseluruhannya lebih 130 destinasi menerusi seluruh rangkaian kumpulan itu.