Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Singapura hilang kelebihan tidak lama lagi jika produktiviti terus malap: Swee Say

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Singapura hilang kelebihan tidak lama lagi jika produktiviti terus malap: Swee Say

Nov 01, 2016 | 12:34 PM



DAYA saing Singapura dalam menawarkan produk dan perkhidmatan lebih murah atau lebih baik boleh terhakis tidak lama lagi.



Menteri Tenaga Kerja, Encik Lim Swee Say, memberi amaran pada Selasa (1 Nov) bahawa pesaing lebih murah negara ini semakin baik dengan tahap pendidikan lebih tinggi, sementara pesaing lebih baik bertambah murah melalui teknologi lebih baik.



Jika peningkatan produktiviti Singapura terus ketinggalan di belakang pertumbuhan gaji, daya saing negara ini akan terhakis, kata beliau.



Encik Lim berkata demikian pada Persidangan dan Pameran Produktiviti Singapura anjuran Persekutuan Perniagaan Singapura.



Pertumbuhan produktiviti Singapura mendatar sepanjang dua tahun lalu, Encik Lim memberi amaran. Ditambah dengan pertumbuhan mendatar tenaga kerja tempatan, ia menyebabkan pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) negara ini berkurangan mendadak.



Antara 2011 dan 2014, pertumbuhan tenaga kerja sebanyak 4 peratus memacu pertumbuhan GDP sebanyak 4 peratus, walaupun tiada peningkatan produktiviti.



Tahun lepas, dengan pertumbuhan produktiviti mendatar dan tenaga kerja meningkat 2 peratus, pertumbuhan GDP hanya 2 peratus, kata Encik Lim.



Tahun depan akan turut mencabar, beliau memberi amaran, tetapi berkata "kita tidak boleh berharap untuk kembali ke pertumbuhan tinggi hanya dengan mengambil masuk lebih ramai pekerja asing".



Tambahan pula terdapat peralihan struktur dalam tenaga kerja tempatan, ujarnya.



Pertumbuhan tenaga kerja tempatan meningkat hanya 700 orang tahun lepas. Kira-kira 190,000 rakyat Singapura meninggalkan tenaga kerja, manakala sekitar jumlah yang sama memasukinya.



Dengan pendidikan dan kemahiran lebih baik, mereka yang memasuki tenaga kerja mencari pekerjaan berbeza daripada pekerjaan yang dikosongkan oleh orang yang telah meninggalkan, kata beliau.



"Ini bermakna transformasi ekonomi penting, bukan kerana ia akan membawa produktiviti lebih tinggi untuk ekonomi sahaja... malah kerana ia akan membawa pekerjaan lebih baik dan gaji lebih baik," kata Encik Lim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >