Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Singapura kekal negara kedua paling berdaya saing

Sep 29, 2016 | 08:56 AM



SINGAPURA dinamakan sebagai ekonomi kedua paling berdaya saing di dunia - enam tahun berturut-turut.



Ia menyusuli Switzerland, yang mendahului senarai tahunan susunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) itu lapan tahun berturut-turut.



Amerika Syarikat di tempat ketiga, manakala Belanda dan Jerman melengkapkan tempat lima teratas.



Setiap negara dinilai berdasarkan 12 kategori yang secara kolektif memberi gambaran menyeluruh daya saing.



Singapura dinilai terbaik di dunia dalam dua kategori - pendidikan tinggi dan latihan, dan kecekapan pasaran barangan - dan kedua terbaik dalam lima: institusi awam, prasarana, kesihatan dan pendidikan rendah, kecekapan pasaran buruh, dan pembangunan pasaran kewangan.



"Institusi awam Singapura telus dan sangat cekap. Prasarananya antara yang terbaik di dunia. Singapura mempunyai persekitaran makroekonomi stabil dengan kewangan awam sihat - belanjawan pemerintah dalam keadaan lebihan sejak 2010," kata WEF dalam laporannya.



Namun, ia berkata: "Singapura masih ketinggalan di belakang negara-negara terbaik dalam perkara paling canggih dalam daya saing, dengan kedudukan agak mengecewakan di tangga ke-19 dalam (kategori) kecanggihan perniagaan dan kesembilan dalam inovasi."



Singapura bukan satu-satunya ekonomi yang lemah dalam inovasi. WEF berkata "kemajuan dalam membina persekitaran yang menggalak inovasi kekal menjadi kelebihan hanya beberapa ekonomi", walaupun 'Revolusi Industri Keempat' sedang giat mara.



"Kejayaan cemerlang dalam teknologi seperti kecerdasan buatan, bioteknologi, robotik, Internet perkara dan percetakan 3D, sekadar memberi beberapa contoh, akan menyediakan peluang baru bagi pertumbuhan dan pembangunan pada masa akan datang tetapi juga boleh menimbulkan cabaran sosial penting," tambah WEF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >