Singapura tawar mutu kehidupan terbaik di Asia

VIENNA: Singapura mendahului senarai firma perunding Mercer bagi bandar Asia yang menawarkan mutu kehidupan terbaik dan prasarana yang dianggap terbaik di dunia.

Vienna, ibu kota Austria di Sungai Danube, merupakan tempat kediaman terbaik di dunia bagi tahun kelapan berturut-turut, manakala Baghdad sekali lagi dianggap yang paling teruk.