Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Singapura usaha pikat Saudi Aramco senarai di bursa tempatan, IPO terbesar di dunia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Singapura usaha pikat Saudi Aramco senarai di bursa tempatan, IPO terbesar di dunia

Feb 07, 2017 | 09:38 AM



LONDON/SINGAPURA: Singapura sedang menimbangkan pelbagai langkah bagi menarik penyenaraian gergasi tenaga Saudi Arabian Oil Co (Saudi Aramco), menurut orang yang tahu perkara itu.



Ini sedang bursa global bersaing bagi mendapatkan sebahagian daripada apa yang mungkin merupakan penawaran awam permulaan (IPO) terbesar di dunia dalam sejarah.



Singapura sedang mengkaji saranan yang termasuk menjemput salah satu daripada syarikat pelaburan pemerintah untuk menjadi pelabur utama dalam IPO Aramco, dan juga potensi kerjasama Singapura dengan kerajaan Arab Saudi dalam pelaburan masa depan, menurut sumber itu, lapor Bloomberg pada Selasa (6 Feb).



Pengurusan Bursa Singapura, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Loh Boon Chye melawat Arab Saudi pada akhir tahun lalu untuk menarik penyenaraian di bursa tersebut, ujar sumber itu, yang tidak mahu dikenali kerana maklumat tersebut peribadi.



Singapura, pusat perdagangan minyak terbesar di Asia, berharap pakej penuh insentif pemerintah akan memberi peluang lebih baik untuk mendapat sebahagian daripada penyenaraian tersebut, berbanding usaha sendirian oleh bursa saham itu, kata sumber tersebut.



Aramco belum membuat keputusan muktamad mengenai tempat bagi IPO itu, dan Singapura menghadapi cabaran daripada bursa antarabangsa lebih besar, tambahnya.



Saiz IPO itu dianggarkan berjumlah kira-kira AS$100 bilion ($141 bilion).



Pegawai Aramco juga menerima lamaran daripada Hong Kong, yang mungkin ditawarkan dengan pelaburan utama daripada dana China, menurut sumber itu tahun lepas. Eksekutif Aramco juga menyebut tentang kemungkinan menyenaraikan syarikat itu di London, New York, Tokyo atau Toronto.



TMX Group, pemilik Bursa Saham Toronto, telah menghantar para pegawai ke Arab Saudi sebagai sebahagian daripada usaha oleh konsortium Canada yang termasuk bank tempatan utama bagi mendapatkan sebahagian daripada IPO itu, kata jurucakap TMX, Encik Shane Quinn.



IPO terbesar Singapura oleh syarikat asing ialah AS$980 juta pada 2006 oleh Thai Beverage.



Aramco merancang menjual sahamnya di sekurang-kurangnya dua atau tiga pasaran saham pada 2018 dengan penyenaraian pangkalan di Riyadh, kata Menteri Tenaga Arab Saudi, Encik Khalid Al-Falih, kepada pemberita minggu lalu.



Tiada bursa tunggal dapat menyerap keseluruhan penawaran itu, ujar beliau.



Kerajaan Arab Saudi merancang menjual kurang 5 peratus sdaripada Aramco sebagai sebahagian daripada rancangan Timbalan Putera Mahkota Mohammed bin Salman menubuhkan dana kekayaan negara terbesar di dunia dan mengurangkan pergantungan ekonomi pada minyak.



Arab Saudi menganggarkan seluruh syarikat itu mungkin bernilai lebih AS$ 2 trilion.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >