Singtel tawar dana $20,000 bantu usahawan muda
Jun 30, 2016 | 05:30 AM
SINGTEL telah melancarkan satu program bagi membantu usahawan muda atau start-up yang mempunyai idea yang meninggalkan kesan ke atas masyarakat.
Dipanggil Singtel Future Makers, program selama enam bulan itu akan menawarkan pembiayaan dana sehingga sebanyak $20,000 untuk sehingga tujuh start-up yang berpotensi.