SATU sistem peti simpanan di estet perumahan di serata Singapura bakal diperkenal bagi memudahkan orang awam mendapatkan bungkusan yang ditempah.
Mengumumkan inisiatif baru itu semalam, Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam berkata penghantaran bungkusan ke rumah terhambat apabila pelanggan tidak ada di rumah dan ia menambah kepada kos penghantaran yang akhirnya dibayar pengguna.