Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Skim baru menawarkan pengalaman riadah kepada lebih banyak kumpulan korporat secara percuma

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Skim baru menawarkan pengalaman riadah kepada lebih banyak kumpulan korporat secara percuma

Sep 11, 2019 | 03:49 PM



Lembaga Pelancongan Singapura (STB) akan memperluaskan satu skim yang akan memberi pengalaman riadah secara percuma kepada kumpulan korporat yang menginap di Singapura .



STB melancarkan skim itu dengan tujuan menarik sebahagian yang lebih besar dalam pasaran pelancong bagi urusan perniagaan, mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (BTMice).



Inisiatif ini berpunca dari pertumbuhan yang kukuh dalam sektor ini, di mana Singapura, yang telah menerima lebih daripada 2.9 juta pelawat pada tahun lalu, meningkat sebanyak 12.1 peratus daripada tahun 2017.



Jumlah pembelanjaan oleh para pelancong pada tahun itu adalah $ 4.68 bilion, dan angka itu belum mengira pendapatan daripada pembelanjaan persiaran, hiburan dan permainan. Ini merupakan peningkatan sebanyak 7.2 peratus lebih daripada awal tahun sebelumnya, kata STB pada hari Selasa (10 September).



Program Insentif dan Rewards (INSPIRE) oleh STB, yang sebelum ini hanya tersedia untuk kumpulan korporat dari Asia Tenggara dan kawasan terpilih, kini terbuka kepada kumpulan korporat dari seluruh dunia.



Mereka yang melancong ke Singapura menjelang akhir tahun 2021 dengan sekurang-kurangnya 20 peserta asing dan akan menginap di sini selama sekurang-kurangnya 3 hari layak memanfaatkan program ini. 



Bagi kumpulan korporat yang memenuhi syarat tersebut, Program INSPIRE ini akan menyediakan 60 kegiatan santai yang terpilih seperti hiburan malam dan kegiatan bina pasukan.



Pengarah eksekutif STB Encik Edward Koh, memberitahu The Straits Times bahawa para peniaga di Singapura yang telah menganjurkan acara menarik untuk pendatang dari negara asing telah menyumbang kepada peningkatan jumlah pendatang ke negara ini.



Permintaan untuk pengalaman riadah di destinasi yang menarik adalah trend berterusan untuk mesyuarat korporat, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >