FIRMA-FIRMA Melayu/Islam boleh memanfaatkan Kredit Pekerjaan Khas (SEC) yang dilanjutkan selama tiga tahun sehingga 2019 bagi mendorong mereka menggajikan pekerja emas.
Skim yang dijadualkan luput tahun ini memberikan insentif kepada majikan yang menggajikan pekerja Singapura berusia 55 tahun ke atas dan bergaji sehingga $4,000 sebulan.