SME jangka keuntungan lemah enam bulan mendatang
Apr 04, 2015 | 05:30 AM
SYARIKAT kecil dan sederhana (SME) di Singapura menjangka jualan dan keuntungan mereka menjadi lemah sepanjang enam bulan akan datang, sekali gus membuat paras keyakinan perniagaan jatuh sedikit.
Menurut Indeks SME Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF)-DP Information Group bagi suku kedua dan ketiga tahun ini, paras keyakinan dalam kalangan SME susut kepada 54 mata daripada 54.4 mata tiga bulan lalu.