SME lebih mudah dapat dana awam berdasar sekuriti
Ini dijangka selepas MAS lakukan beberapa perubahan peraturan
Jun 09, 2016 | 05:30 AM
SYARIKAT kecil dan sederhana (SME) dan perniagaan baru atau startup dijangka lebih mudah mendapat dana melalui wadah pendanaan awam atau crowdfunding yang berdasarkan sekuriti (SCF).
Ini selepas Penguasa Kewangan Singapura (MAS) melakukan beberapa perubahan peraturan hasil konsultasi awam yang dijalankan MAS pada Februari tahun lalu.