Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Robot 'LeoBot' boleh vakum, sental kekotoran

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SME SETEMPAT

Robot 'LeoBot' boleh vakum, sental kekotoran

LionsBot International, syarikat di sebalik LeoBot, adalah syarikat robotik pertama di sini mengeluarkan robot pembersihan profesional secara besar-besaran
Dec 20, 2018 | 05:30 AM



MEMBUAT sebuah robot dalam masa tujuh bulan bukan sesuatu yang mudah.



Tetapi inilah yang dicapai pasangan suami isteri, Encik Dylan Ng dan Cik Michelle Seow, bersama dengan penolong profesor Mohan Rajesh Elara.



Robot itu, LeoBot Scrub, adalah yang pertama dalam satu siri robot pembersihan khusus berautonomi sepenuhnya yang dibangunkan oleh syarikat robotik setempat, LionsBot International.



Menurut laporan The Business Times (BT), robot pembersihan itu boleh melakukan kerja vakum dan menyental mengikut piawaian profesional.



Selain itu, ia juga memiliki ciri-ciri interaktif seperti keupayaan menunjukkan emosi menerusi mata dan suara.



Robot itu juga berupaya melakukan interaksi asas dengan manusia.



LionsBot International yang diasaskan pada February 2018 oleh Encik Ng, Cik Seow dan Profesor Mohan, merupakan syarikat robotik pertama di Singapura yang mengeluarkan secara besar-besaran robot pembersihan profesional.



Encik Ng dan Cik Seow juga adalah pemilik syarikat pembekal kimia dan peralatan pembersihan profesional, SuperSteam Asia Pacific.



LionsBot adalah syarikat di bawah SuperSteam.



Encik Ng telah menjelajah seluruh dunia untuk mencari huraian teknologi pembersihan sejak 2012, tetapi beliau tidak bertemu huraian yang memenuhi tuntutannya.



"Kebanyakan robot adalah agak terlalu besar dan kerana itu, mereka bergerak perlahan dan mereka juga sangat mahal, jadi agak sukar mencari robot yang tepat," kata Encik Ng kepada BT.



Menurutnya, beliau mahu menerapkan mekanisme pembersihan berlainan.



Pasangan itu mempunyai pengetahuan dalam pembersihan, tetapi bukan dalam bidang robotik.



Lantaran itu, mereka mendapatkan khidmat Profesor Mohan Disember tahun lalu selepas menemui kajiannya dalam akhbar.



Profesor Mohan telah menyelidik mengenai robotik sejak 13 tahun lalu tetapi mempunyai cita-cita yang tidak tercapai untuk memasuki pasaran komersial dengan kepakarannya dalam robotik.



Oleh itu, kededua-dua pihak merupakan "pasangan yang secocok" kerana saling melengkapi satu sama lain.



Encik Ng menjelaskan kebanyakan prototaip mengambil masa satu hingga dua tahun untuk diselesaikan tetapi pasukan LionsBot mampu melakukannya dalam tujuh bulan.



Tetapi banyak cabaran yang harus dihadapi untuk mencapai itu.



Ini termasuk perlunya jurutera yang baik dalam menghasilkan robot itu - namun kerana kekurangan tenaga kerja di Singapura, maka jurutera yang dilatih secara baik sukar didapati.



Mujur, Profesor Mohan memiliki rangkaian kenalan yang luas dan mengundang ramai jurutera membantu dalam penghasilan robot itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >