SUSULAN BELANJAWAN 2016
SME wajar manfaatkan bantuan dan kepakaran agensi pemerintah
Peruntukan belanjawan dengan inisiatif baru demi dorong syarikat lakukan inovasi dan usaha menyerantau
Mar 30, 2016 | 05:30 AM
SYARIKAT kecil dan sederhana (SME) wajar memanfaatkan bantuan dan kepakaran yang disediakan pemerintah menerusi pelbagai agensi bagi menjalankan inovasi dan mengantarabangsakan perniagaan di tengah-tengah ekonomi tidak menentu.
Semasa membentangkan Belanjawan 2016 di Parlimen minggu lalu, Menteri Kewangan Heng Swee Keat mengumumkan beberapa inisiatif baru untuk mendorong inovasi dan penyerantauan di kalangan SME.