PERSEKUTUAN Perniagaan Singapura (SBF) dan Universiti Pengurusan Singapura (SMU) telah mengumumkan satu kerjasama baru bagi menyokong syarikat kecil dan sederhana(SME) dalam transformasi perniagaan dan laluan pertumbuhan mereka.
Dikenali sebagai inisiatif SBF-SMU Lead-Charge, ia bertujuan untuk membantu SME dalam merubah perniagaan mereka melalui empat fasa iaitu kesedaran, diagnosis, campur tangan dan pengiktirafan, kata SBF dan SMU dalam satu kenyataan bersama kelmarin.