Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

SPH, ICBC kerjasama bangunkan platform e-dagang dwibahasa pertama Asia Tenggara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SPH, ICBC kerjasama bangunkan platform e-dagang dwibahasa pertama Asia Tenggara

Sep 19, 2016 | 11:20 AM



KUMPULAN media Singapore Press Holdings (SPH) telah berganding bahu dengan Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) untuk membangunkan platform e-dagang B2B (perniagaan dengan perniagaan) dwibahasa pertama di Asia Tenggara, bagi meningkatkan perdagangan rentas sempadan antara China dan Asia Tenggara.



Platform e-dagang dwibahasa dalam bahasa Inggeris dan Cina itu disokong oleh International Enterprise (IE) Singapore. Ia akan menyediakan perkhidmatan B2B sehenti bagi perniagaan di China, Singapura dan negara lain di Asia Tenggara.



Satu memorandum persefahaman (MOU) bagi perjanjian itu ditandatangani pada pagi Isnin (19 Sep) oleh Naib Presiden Eksekutif bagi bahagian digital SPH, Encik Julian Tan, dan Pengurus Besar ICBC, Encik Zhang Weiwu.



Majlis itu disaksikan oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perdagangan) Lim Hng Kiang, Duta China ke Singapura, Encik Chen Xiaodong, pengerusi ICBC, Encik Yi Huiman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPH, Encik Alan Chan, dan CEO IE Singapore, Encik Lee Ark Boon.



"Ini kerjasama strategik, menyatukan kepakaran dan mencapai kedua-dua syarikat," kata Encik Lee.



"Platform e-dagang B2B ini akan memupuk perdagangan serantau yang lebih besar dan membolehkan lebih banyak syarikat Singapura meluaskan capaian digital mereka ke China dan Asia Tenggara.



"Perkongsian ini dibina di atas konektiviti Singapura dan menguatkan kedudukan Singapura sebagai hab perdagangan dan e-dagang."



Di bawah perjanjian itu, SPH dan ICBC akan meluaskan kerjasama mereka, dan juga mengganggap satu sama lain sebagai rakan pilihan bagi sembarang kerjasama perniagaan, perkhidmatan berkaitan kewangan dan pameran.



SPH akan memulakan portal Internet dwibahasa untuk syarikat dari Asia Tenggara dan China mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka sambil memanfaatkan pelanggan dan perkhidmatan yang disediakan oleh platform e-dagang sedia ada, atau 'e-Mall', yang diurus oleh ICBC.



SPH juga akan menyarankan kepada ICBC perniagaan mapan untuk diadakan kerjasama dalam membangunkan perniagaan di Singapura dan negara Asia Tenggara lain, manakala ICBC akan mewujudkan keadaan bagi memudahkan e-dagang rentas sempadan dan lebih banyak jalan bagi syarikat China yang berminat mewujudkan pasaran e-dagang di Singapura.



Kedua-dua pihak akan bersama-sama menjalankan promosi dan publisiti untuk platform e-dagang rentas sempadan mereka.



SPH dan ICBC juga akan bersama-sama menganjurkan pameran tahunan mengenai ekonomi Internet untuk menarik penyertaan perusahaan di Singapura, Asia Tenggara dan China.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >