SPH perluas bisnes asrama pelajar, beli tujuh lagi aset di UK
Dec 24, 2019 | 05:30 AM
SINGAPORE Press Holdings (SPH) meluaskan portfolio penginapan pelajarnya dengan pemerolehan tujuh aset di United Kingdom pada harga £411 juta ($740 juta).
Ini akan menambah 2,383 katil kepada portfolio SPH, menjadikan jumlah keseluruhannya 7,726 katil di 18 bandar di UK dan Jerman, menurutsatu kenyataan kumpulan media itu.