Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

S'pura atasi Silicon Valley sebagai tempat No 1 bagi bakat 'startup' global

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

S'pura atasi Silicon Valley sebagai tempat No 1 bagi bakat 'startup' global

Mar 21, 2017 | 03:15 PM



SINGAPURA telah menyingkirkan pusat teknologi Silicon Valley sebagai tempat nombor satu di dunia bagi bakat syarikat permulaan (startup)

Demikian menurut sebuah laporan penyelidikan meliputi 10,000 syarikat permulaan dan 300 firma rakan kongsi syarikat permulaan.

Laporan oleh projek Startup Genome, sebuah pertubuhan berpangkalan di Amerika Syarikat, itu mengiktiraf dasar inovatif Singapura sebagai faktor kejayaan republik ini sebagai ekosistem syarikat permulaan yang hebat.

Walaupun kedudukan keseluruhan Singapura dalam ranking 2017 turun dua anak tangga ke tempat ke-12, ia disebabkan kemasukan oleh dua peserta baru China - Beijing and Shanghai - kata laporan itu, sambil menambah bahawa angka prestasi Singapura kukuh dan besar kemungkinan akan terus meningkat.

Di samping lokasi geografi yang menjadikan ia pusat mudah diakses pasaran teknologi membangun di Asia Tenggara, syarikat permulaan teknologi Singapura yang sebanyak 1,600 hingga 2,400 menikmati subsidi ketara daripada pemerintah dan strategi negara ini sedang berusaha menjadikan syarikat permulaan teknologi tempatan syarikat yang relevan di seluruh dunia, kata laporan itu.

Khusus dalam soal bakat, akses di Singapura bagi tenaga mahir bermutu dan kos meletak negara ini di depan semua pesaingnya.

Walaupun Singapura di tempat ke-10 dalam mutu bakat, ia menjadi ekosistem keempat dan kedua terbaik masing-masing bagi syarikat permulaan mengakses jurutera perisian berpengalaman dan pekerja pertumbuhan.

Tahap pengalaman bakat Singapura didapati kukuh, dengan 80 peratus daripada pasukan kejuruteraan dan 74 peratus pasukan pertumbuhan mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman sebelum permulaan, berbanding purata global 72 peratus dan 60 peratus.

Pengasas syarikat permulaan berpangkalan di Singapura adalah yang paling muda di dunia, dengan umur median 28 tahun.

Gaji purata jurutera perisian di Singapura yang sebanyak AS$35,000 ($49,000) juga lebih rendah daripada purata global AS$49,000 - gaji tinggi antara sebab Silicon Valley hilang kedudukan tertingginya dalam rangking bagi bakat terbaik.

Singapura juga mempunyai kenektiviti ketiga tertinggi dalam kalangan kesemua 20 ekosistem terbaik, sekali lagi mengalahkan Silicon Valley.

Laporan itu ialah edisi ketiga Laporan Ekosistem Syarikat Permulaan Global oleh Startup Genome.

Silicon Valley masih menduduki tempat nombor satu secara keseluruhan dan dalam kebanyakan kategori, tetapi laporan itu menyatakan Amerika semakin hilang penguasaannya kepada Asia dan Eropah.

Beijing dan Shanghai, yang menduduki tempat keempat dan kelapan, tidak disertakan dalam laporan sebelum ini kerana kekurangan data.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >