Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

S'pura bandar paling baik didiami di Asia, prasarananya terbaik di dunia: Tinjauan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

S'pura bandar paling baik didiami di Asia, prasarananya terbaik di dunia: Tinjauan

Mar 14, 2017 | 10:21 AM



VIENNA: Singapura bandar yang menawarkan mutu hidup paling tinggi di Asia dan prasarananya dianggap terbaik di dunia, menurut satu senarai yang disiapkan oleh firma perunding Mercer



Vienna, ibu negara Austria di sungai Danube, terpilih sebagai tempat terbaik didiami di dunia buat lapan tahun berturut-turut, manakala Baghdad sekali lagi dianggap yang paling teruk.



Di peringkat global, Singapura menduduki tangga ke-25.



Tinjauan Mutu Kehidupan 2017 Mercer ke atas 231 bandar itu membantu syarikat dan pertubuhan menentukan pampasan dan kesusahan elaun bagi kakitangan antarabangsa.



Ia menggunakan berpuluh-puluh kriteria, seperti kestabilan politik, penjagaan kesihatan, pendidikan, jenayah, riadah dan pengangkutan.



Yang ketara, Singapura nombor satu di dunia bagi prasarana bandar, diikuti Frankfurt dan Munich, kedua-duanya di tempat kedua.



Prasarana bandar memainkan peranan penting apabila syarikat berbilang negara membuat keputusan mengenai tempat bagi menubuhkan lokasi di luar negara dan menghantar pekerja ekspatriat, kata Mercer.



Akses mudah ke pengangkutan, bekalan elektrik boleh dipercayai, dan air boleh diminum semua menjadi pertimbangan apabila menentukan elaun kesusahan berdasarkan perbezaan antara lokasi asal dan tuan rumah seseorang pekerja.



Pusat global Paris, Tokyo dan New York City tidak pun termasuk dalam senarai 30 tempat teratas, ketinggalan di belakang kebanyakan bandar besar Jerman, Scandinavia, Canada, New Zealand dan Australia.



San Francisco di tempat ke-29, kedudukan tertinggi bagi bandar Amerika Syarikat. Bandar Afrika di tempat paling tinggi ialah Durban, di Afrika Selatan, iaitu 87.



Baghdad sekali lagi menduduki tempat paling rendah di dunia. Gelombang keganasan melanda ibu negara Iraq itu sejak pencerobohan yang diketuai Amerika pada 2003.



Damsyik (Syria) menduduki tempat ketujuh dari bawah, dengan Bangui (Republik Afrika Tengah), Sanaa (Yaman), Port-au-Prince (Haiti), Khartoum (Sudan) dan N'Djamena (Chad) mengisi baki tempat terbawah senarai itu. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >