S'pura, Britain perbaharui perjanjian hubungan ekonomi

SINGAPURA dan Britain memperbaharui perjanjian Kerjasama Perniagaan dan Ekonomi (EBP) bagi meningkatkan hubungan ekonomi dan membuka peluang perniagaan kededua negara.

Kenyataan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) kelmarin menyatakan EBP itu ditandatangani oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Lim Hng Kiang, dan Setiausaha Negara Dagangan Antarabangsa Britain, Encik Liam Fox, yang berada di sini bagi lawatan selama tiga hari.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan