Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

S'pura buat kemajuan besar guna khidmat elektronik PayNow

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

S'pura buat kemajuan besar guna khidmat elektronik PayNow

Sep 18, 2018 | 05:30 AM



SINGAPURA telah menunjukkan kemajuan pesat dalam membangunkan prasarana pembayaran secara elektronik bagi mengurangkan penggunaan tunai.



Dana sebanyak $1.5 juta telah dipindahkan dengan menggunakan pembayaran elektronik PayNow, yang membolehkan individu memindahkan wang kepada orang lain dengan hanya menggunakan nombor telefon bimbit atau nombor kad pengenalan (IC).



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata ini bermakna pengguna tidak lagi perlu mengetahui nombor akaun bank penerima dana apabila ingin membuat pemindahan dana.



Sebanyak 1.2 juta nombor telefon bimbit dan 550,000 nombor IC telah digunakan bagi pemindahan PayNow itu.



"Kita memulakan pembayaran elektronik dari pengguna kepada pengguna lain (C2C) menggunakan PayNow. Pengguna boleh mengaitkan akaun bank mereka dengan ID atau nombor telefon bimbit.



"Dengan cara itu, saya boleh memindahkan wang kepada rakan saya menggunakan telefon bijak saya, dengan memilih nombor telefon bimbitnya,'' kata Menteri Pendidikan yang juga anggota lembaga pengarah MAS, Encik Ong Ye Kung.



Para peniaga juga boleh membuat bayaran kepada pengguna (B2C) seperti gaji dan insurans melalui PayNow.



Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan (MOE) memberikan Anugerah Edusave melalui nombor ID pelajar tanpa memberikan cek.



Malah, Encik Ong berkata pemerintah akan juga memberikan Bonus SG kepada rakyat melalui PayNow jika mereka mengaitkan akaun bank dengan nombor ID.



Bagi menyelaras pembayaran antara peniaga (B2B), PayNow Corporate juga dilancarkan bulan lalu yang disertai sekitar 40,000 peniaga.



Encik Ong berkata demikian ketika berucap bagi melancarkan kod QR Singapura, SGQR, di Hotel Amara semalam.



Beliau juga cuba menggunakan SGQR ketika membeli kopi di kedai Toast Box bersebelahan hotel tersebut.



SGQR merupakan kod QR tunggal yang akan menggantikan kod QR berbeza digunakan peniaga ketika ini bagi membolehkan pelanggan membuat pembayaran elektronik dengan hanya mengimbas kod tersebut.



Singapura sedang cuba menuju ke arah sistem pembayaran tunai dengan matlamat mengurangkan pengeluaran tunai menggunakan mesin ATM kepada 20 peratus menjelang 2020, dari 40 peratus akhir tahun lalu, menurut MAS.



Negara ini juga bermatlamat meniadakan penggunaan cek menjelang 2025.



Untuk memastikan pengguna berasa selamat apabila menggunakan pembayaran elektronik, satu Rang Undang-Undang Khidmat Pembayaran akan diperkenalkan di Parlimen tidak lama lagi bagi menangani segala potensi risiko yang boleh timbul akibat pembayaran elektronik.



MAS juga telah mendapatkan maklum balas pengguna bagi garis panduan dikeluarkannya untuk perlindungan pengguna bagi pembayaran elektronik.



Setelah mengambil-kira maklum balas awam, garis panduan muktamad akan dikeluarkan akhir bulan ini, kata Encik Ong.



Antara lain, bank akan menanggung kerugian jika pemindahan dana secara elektronik dilaksanakan tanpa kebenaran jika nilai dana itu adalah kurang $1,000.



Tetapi, jika nilai itu melebihi $1,000, bank perlu membuat siasatan dan menentukan keputusan berdasarkan kes ke kes.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >