S'pura, Myanmar rancang kerjasama pelaburan
Pelaburan dua hala babitkan 'jaminan, keselamatan dan ketentuan dasar'
May 20, 2016 | 05:30 AM
SINGAPURA sedang meneroka kemungkinan merundingkan perjanjian pelaburan dua hala dengan Myanmar, menurut Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan semasa lawatan pengenalannya ke Naypyitaw.
Perjanjian itu, jika dimeterai, akan memberi bakal pelabur 'jaminan, keselamatan dan ketentuan dasar', serta meningkatkan pelaburan.