S'pura pusat kewangan No 3 di dunia
Tinjauan: SG atasi HK dengan dua mata berdasarkan Indeks Pusat Kewangan Sejagat
Apr 09, 2016 | 05:30 AM
SINGAPURA mengatasi Hongkong sebagai pusat kewangan nombor tiga di dunia, menurut satu tinjauan firma kajian berpusat di London, Z/Yen Group.
Menduduki tempat pertama ialah London, disusuli New York di tempat kedua.