Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

S'pura terima saranan bagi perkukuh kedudukan sebagai pusat susun semula hutang antarabangsa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

S'pura terima saranan bagi perkukuh kedudukan sebagai pusat susun semula hutang antarabangsa

Jul 20, 2016 | 03:00 PM



SINGAPURA merancang mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat penyusunan semula hutang antarabangsa bagi mengambil kesempatan daripada peningkatan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan, kata Menteri Negara Kanan (Undang-Undang merangkap Kewangan), Cik Indranee Rajah, pada Rabu (20 Julai).



Untuk berbuat demikian, beliau mengumumkan bahawa Kementerian Undang-Undang (MinLaw) telah menerima 17 saranan yang dibuat oleh Jawatankuasa bagi Memperkukuh Singapura sebagai Pusat Antarabangsa bagi Penyusunan Semula Hutang.



Saranan-saranan itu adalah dalam tiga bidang utama. Yang pertama melibatkan meningkatkan rangka kerja perundangan bagi penyusunan semula dengan mewujudkan peraturan dan prosedur yang disesuaikan, memperdalam panel hakim dengan hakim pakar insolvensi (ketakmampuan bayar) dan meningkatkan penggunaan proses penyelesaian pertikaian alternatif.



Bidang kedua melibatkan mewujudkan ekosistem mesra penyusunan semula melalui peningkatan ketersediaan pembiayaan menyelamat dan mengukuhkan kerjaya insolvensi di Singapura.



Bidang ketiga ialah menangani jurang tanggapan dengan meningkatkan kesedaran antarabangsa mengenai keupayaan penyusunan semula Singapura, yang semakin terlibat dalam pertubuhan insolvensi antarabangsa dan menyediakan kepimpinan pemikiran melalui penyelidikan.



Cik Indranee berkata: "Singapura mempunyai asas kukuh dalam kedaulatan undang-undang dan sistem kehakiman yang dipercayai, yang meletak negara ini pada kedudukan lebih baik dalam menawarkan perkhidmatan penyusunan semula hutang."



MinLaw berkata Singapura menggabungkan lokasi mudah, kecekapan, kepakaran dan rangka kerja undang-undang jelas dan tetap bagi perniagaan untuk menyelaras penyusunan semula melibatkan pelbagai bidang kuasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >