Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

StarHub mungkin buang pekerja bagi hadapi cabaran baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

StarHub mungkin buang pekerja bagi hadapi cabaran baru

Sep 29, 2018 | 03:54 PM



SYARIKAT telekomunikasi  StarHub akan membuat perubahan pada  struktur pertubuhannya  yang mungkin  menyebabkan pemberhentian kerja dalam  kalangan 2,500 pekerjanya, dalam usahanya  untuk terus “tangkas dan kurus” bagi menghadapi  cabaran,   gangguan dan ancaman baru.



 Business Times  melaporkan bahawa ia difahamkan   pada sesi komunikasi kakitangan baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru StarHub, Encik   Peter Kaliaropoulos, berkongsi keutamaan strategik syarikat itu,  termasuk melabur dalam  pertumbuhan perniagaan baru, pendigitalan  untuk mengubah pengalaman pelanggan, dan meningkatkan kecekapan dan produktiviti.



“Pertubuhan   tangkas dan kurus  untuk memacu pelaksanaan strategi perniagaan adalah inisiatif penting,” kata StarHub dalam  jawapan kepada pertanyaan akhbar itu  pada Jumaat (28 Sep).



“StarHub akan memaklumkan pekerjanya apabila kajian dan struktur pertubuhan  telah dimuktamadkan dan bidang kecekapan dikenal pasti.”



Petunjuk pertama bahawa  kakitangan StarHub  itu  mungkin dikurangkan dilihat pada  pendapatan suku keempat syarikat telekomunikasi itu.



Kos kakitangan meningkat  $11 juta, atau 15 peratus, kepada $84.7 juta. Ini termasuk “peruntukan bagi faedah kakitangan tertentu untuk merasionalisasi dan mengekalkan bakat bagi mengakui    cabaran perniagaan dan keadaan operasi”.



StarHub, yang menawarkan perkhidmatan mudah alih, televisyen  kabel, jalur lebar dan perkhidmatan rangkaian tetap,  disenaraikan di papan utama Bursa Singapura pada  Oktober 2004.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >