Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Suntik 'nafas baru' dalam niaga putu piring

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

EKONOMI

Suntik 'nafas baru' dalam niaga putu piring

Pengarah syarikat Haig Road Putu Piring bakal kongsi pengalaman perkenalkan pembaharuan dalam niaga tradisional
Oct 09, 2019 | 05:30 AM



MELEPASKAN cita-citanya untuk menjadi seorang cef pastri di Amerika Syarikat, Cik Aisha Hashim kembali ke Singapura untuk meneruskan legasi perniagaan Traditional Haig Road Putu Piring yang dimulakan ibu bapanya.



Ia bukan keputusan yang mudah tetapi beliau tidak mahu perniagaan yang dimulakan sejak 1985 oleh ibu bapanya terjejas.



Mengimpikan rancangan mengembangkan lagi perniagaan itu, Cik Aisha, 36 tahun, dan suaminya, Encik Mohd Nizam Iskandar, 34 tahun, mula menyuntik beberapa pembaharuan dalam perniagaan itu.



Cik Aisha yang merupakan pengarah syarikat itu akan mengongsi kisah perjalanan niaganya dalam satu Sesi Perkongsian Niaga anjuran Berita Harian (BH) yang akan diadakan pada Jumaat, 25 Oktober, di Wisma Geylang Serai (WGS).



Menurut Cik Aisha, beliau telah lama berpindah ke Amerika pada 2005 bagi mengikuti pengajian membuat pastri di Universiti Johnson & Wales University di Providence, Rhode Island.



Tetapi, hanya setelah setahun, beliau menerima panggilan daripada ibunya, yang meminta agar beliau kembali ke Singapura untuk membantu mereka kerana gerai mereka yang terletak di kedai kopi di Haig Road akan ditutup.



"Walaupun sedih, saya tahu perniagaan itu satu legasi dan saya tidak mahu ia tutup," ujar Cik Aisha, anak bongsu dua beradik.



Bapanya, Encik Mohamad Hashim Jumaat, 70 tahun, dan ibunya, Cik Noorzila Zain, 63 tahun, masih bekerja dan menguruskan gerai putu piring di Pusat Penjaja Makanan di Haig Road.



Sejak mengambil alih perniagaan itu bersama suaminya, Encik Mohd Nizam Iskandar, Cik Aisha berkata mereka telah sama-sama memperkenalkan beberapa pembaharuan teknologi bagi mempermudahkan operasi perniagaan itu.



"Suami saya membuat rekaan teknologi yang membolehkan air yang mendidih disalurkan secara automatik dalam kukusan bagi membuat putu piring.



"Sebelum ini, setiap jam kami perlu jerang air dan memasukkan dalam kukusan itu secara manual.



"Sistem ini menjimatkan tenaga, waktu dan produktiviti. Ia lantas membolehkan kami dapat melayan lebih ramai pelanggan," kata Cik Aisha.



Membuat putu piring secara tradisional memakan masa dan sering harinya bermula setiap 5 pagi di dapur pusat syarikat yang terletak di Bedok North.



Namun, beliau akur bagi mengembangkan perniagaan itu, beliau tidak boleh duduk diam.



Syarikat itu juga telah membuka cawangan pertama di pusat beli-belah di Northpoint City, yang juga merupakan cawangan keenam syarikat itu.



Walaupun harga sewa mencecah $10,000 sebulan, beliau berkata cawangan itu membolehkan syarikatnya menarik pelanggan dengan lebih mudah.



"Semakin ramai anak muda berbilang bangsa yang mengenali kami.



"Kami juga memperkenalkan variasi baru seperti durian, coklat dan kelapa selain inti gula melaka yang tradisional bagi memenuhi cita rasa yang pelbagai," tambahnya.



Jenama syarikat semakin dikenali apabila perniagaan itu ditemu ramah dalam satu siri Netflix, Street Food, baru-baru ini.



Syarikat itu juga mula mengembangkan perniagaannya untuk membekalkan putu piring ke hotel-hotel mewah.



Ketika ini, ia membekalkan putu piring bagi bufet makan malam di Hotel Shangri-La Rasa Sentosa Resort & Spa dan Holiday Inn Singapore Orchard City Centre.



Untuk mendengar sendiri pengalaman Cik Aisha, sila daftar untuk hadiri Sesi Perkongsian Niaga pada 25 Oktober ini. Masuk percuma.




"Suami saya membuat rekaan teknologi yang membolehkan air yang mendidih disalurkan secara automatik dalam kukusan bagi membuat putu piring. Sebelum ini, setiap jam kami perlu jerang air dan memasukkan dalam kukusan itu secara manual. Sistem ini menjimatkan tenaga, waktu dan produktiviti. Ia lantas membolehkan kami dapat melayan lebih ramai pelanggan."
- Cik Aisha Hashim, pengarah, Traditional Haig Road Putu Piring.




SESI PERKONGSIAN NIAGA BH



  • Tarikh: Jumaat, 25 Oktober

  • Masa: 6 petang - 7 malam

  • Tempat: Tingkat satu, Wisma Geylang Serai (WGS) 

  • Masuk percuma

  • Daftar segera dengan menghantar e-mel kepada Cik Ismawati Ismail di iismail@sph.com.sg atau hubungi 6319-5495 bagi pertanyaan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >