Swee Keat: GST dinaikkan setelah mengkaji semua pilihan

KEPUTUSAN meningkatkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan langkah yang sukar tetapi merupakan pilihan paling wajar bagi membantu Singapura meningkatkan pendapatan buat masa sekarang, menurut Menteri Kewangan Heng Swee Keat.

Sejak setahun lalu, pemerintah telah meneliti semua alternatif.

"Kami melihat semua jenis cukai yang boleh diubah, termasuk langkah bukan cukai yang boleh dilaksanakan. Setiap darinya mempunyai kelebihan dan kekurangan, dan apabila kita melihat secara keseluruhan, kami memutuskan buat masa sekarang, GST paling wajar,'' ujarnya.

Sebagai contoh, oleh kerana negara lain telah mengurangkan cukai korporat, kenaikan cukai korporat mempunyai kesan tidak dijangka termasuk kemungkinan perniagaan berpindah keluar dari Singapura.

Beliau bercakap kepada The Straits Times (ST) sehari selepas membentangkan Belanjawan menyeluruh Isnin lalu bagi menangani cabaran jangka panjang Singapura.

GST yang akan dinaikkan kepada 9 peratus dari 7 peratus akan dilaksanakan bila-bila masa dari tahun 2021 hingga 2025.

Ia merupakan berita sukar bagi rakyat Singapura, ujar Encik Heng, namun beliau berharap mereka dapat melihat gambaran lebih luas.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.