PERKHIDMATAN Awam harus memupuk semangat inovasi yang digandingkan dengan visi strategik jangka panjang bagi memberikan respons dalam menghadapi cabaran masa depan, kata Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat.
Demikian antara tiga cara yang dibentangkan Encik Heng bagi merombak Perkhidmatan Awam yang sedang berhadapan dengan perubahan besar.