Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Switzerland juga ambil tindakan ke atas Falcon Private Bank berkaitan kes 1MDB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Switzerland juga ambil tindakan ke atas Falcon Private Bank berkaitan kes 1MDB

Oct 11, 2016 | 03:40 PM



PENGUASA Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) mengumumkan pada Selasa (11 Okt) sekatan terhadap Falcon Private Bank kerana pelanggaran serius peraturan pengubahan wang haram, berhubung pengendalian sekitar AS$3.8 bilion ($5.24 bilion) aset yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan kerajaan Malaysia, 1MDB.



Pengumumannya bertepatan dengan tindakan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menutup cawangan Falcon di Singapura, menyusuli siasatan berkaitan 1MDB.



Finma mengarahkan Falcon, yang berpangkalan di Zurich dan dimiliki oleh dana kekayaan negara Abu Dhabi International Petroleum Investment Co (Ipic), supaya memulangkan keuntungan sebanyak 2.5 juta franc Swiss ($3.5 juta) yang dijana secara haram, dan memberi amaran bahawa lesen bank itu akan ditarik balik sekiranya berlaku pelanggaran selanjutnya.



Penguasa itu berkata ia juga telah membuka prosiding penguatkuasaan terhadap dua bekas eksekutif Falcon Bank, tanpa mengenal pasti mereka.



Bank itu juga dilarang memasuki hubungan perniagaan dengan orang asing yang terdedah secara politik selama tiga tahun.



Finma berkata Falcon Bank melanggar peraturan pengubahan wang haram kerana gagal menjalankan pemeriksaan latar belakang mencukupi ke dalam transaksi dan hubungan perniagaan berkaitan 1MDB yang direkod di Switzerland, Singapura dan Hong Kong.



"Aset berjumlah kira-kira AS$3.8 bilion dipindahkan ke akaun di Falcon dan dikaitkan dengan Kumpulan 1MDB dalam tempoh itu. Dana ini dipindahkan dengan cepat.



"Hubungan perniagaan dan transaksi yang direkod di Switzerland dan di cawangan Falcon Singapura dan Hong Kong luar biasa dan melibatkan tahap risiko tinggi bagi kedua-dua bank disebabkan sifatnya dan jumlah terlibat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >