Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Syarikat di S'pura tumpu latihan dan sokongan untuk pekerja dalam tangani cabaran Covid-19

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat di S'pura tumpu latihan dan sokongan untuk pekerja dalam tangani cabaran Covid-19

Apr 01, 2020 | 12:55 PM

SYARIKAT di Singapura telah mengurangkan perbelanjaan bagi pengambilan tenaga kerja tetapi pada masa yang sama telah meningkatkan daya usaha latihan dan pembangunan pekerja bagi menangani kesan pandemik penularan koronavirus ke atas perniagaan.


Demikian hasil dapatan dari tinjauan ke atas 232 syarikat di Singapura merentasi 12 sektor perusahaan yang dilakukan antara 9 hingga 15 Mac lalu, berkenaan Gaji & Bonus yang dilakukan firma Mercer terhadap kesan Covid-19 ke atas peruntukan perbelanjaan sumber manusia serta gaji dan bonus yang dilaksanakan mereka.


Dalam kenyataan media hari ini, Mercer Singapore menyatakan, berbanding dengan peruntukan belanjawan pada 2019, 47 peratus syarikat yang ditinjau berkemungkinan mengurangkan perbelanjaan bagi pengambilan tenaga kerja untuk tahun ini.


Lebih separuh (51 peratus) firma menyatakan mereka akan hanya mengambil tenaga kerja baru sebagai ganti, sementara 22 peratus merancang untuk membekukan pengambilan pekerja. Hanya 1 peratus sahaja menimbangkan langkah pembuangan pekerja.


Di satu pihak lain, beberapa syarikat mengambil peluang ini untuk membuat pelaburan ke atas kakitangan mereka dengan memperkenalkan lebih banyak inisiatif latihan dan pembangunan.


Sebanyak 12 peratus merancang untuk meningkatkan belanjawan yang telah diperuntukkan dalam bidang ini, sementara 13 peratus lagi mahu memperkukuh program keseimbangan kerja dan kehidupan bagi menjadikan penyesuaian kerja yang lebih fleksibel.


"Akibat kesan penularan Covid-19 ke atas ekonomi, bukan sesuatu yang mengejutkan bahawa kos sumber tenaga menjadi sasaran utama pemotongan bila syarikat-syarikat menghadapi tekanan.


"Tinjauan kami mendapati sedang peruntukan bagi pengambilan tenaga kerja berkurangan, syarikat kekal komited untuk melindungi periuk nasi kakitangan mereka.


"Ini merupakan cerminan terhadap piawaian ketat pemerintah bagi pembuangan kerja yang lebih bertanggungjawab dan kesan ke atas langkah-langkah sokongan terhadap pekerjaan yang diperkenalkan semasa pembentangan Belanjawan Daya Tahan," kata Ketua Produk Kerjaya, Mercer Singapore, Cik Kulapalee Tobing.


Tinjauan yang dilakukan turut melihat pada kesan Covid-19 ke atas peningkatan gaji dan mendapati hanya 3 peratus syarikat di Singapura telah melaksanakan pemotongan gaji sementara 5 peratus lagi menimbang pilihan tersebut.


Bagaimanapun, 22 peratus syarikat kini menimbang untuk mengurangkan peningkatan gaji pekerja dan 11 peratus telahpun berbuat demikian.


Melihat pada keadaan industri secara am, syarikat-syarikat yang terjejas teruk adalah dalam sektor hartanah, pembinaan dan kejuruteraan, di mana pengurangan pada kenaikan gaji turun sebanyak 0.8 peratus berbanding purata 3.3 hingga 4.1 peratus.


Ini diikuti dengan sektor peralatan pengangkutan pada 0.5 peratus (3.5 hingga 4 peratus) dan runcit dan borong (3.1 hingga 3.5 peratus) serta logistik (3.2 hingga 3.6 peratus) masing-masing dikurangkan sehingga kadar 0.4 peratus.


"Melihat kepada ketidaktentuan penularan Covid-19, bukanlah mengejutkan bahawa kebanyakan syarikat mengambil langkah "tunggu dan lihat" bagi pembayaran gaji dan bonus untuk masa depan. Sedang keadaan luaran pada masa ini kekal positif, apa jua peningkatan pada keadaan akan hanya memberi kesan terhadap keputusan perniagaan dan menjejas gaji dan ganjaran yang akan diterima pekerja, terutamanya merentas sektor yang teruk terkesan dengan penularan virus ini," tambah Cik Kulapalee.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mercer Singapore, Cik Peta Latimer, merumuskan bahawa terhadap peluang untuk majikan memperkukuh budaya mereka dalam keadaan sekarang.


"Langkah-langkah yang memberi tumpuan kepada pekerja seperti meningkatkan latihan dan inisiatif fleksibel untuk kesihatan dan kesejahteraan boleh meletakkan syarikat dalam kedudukan lebih baik sedang ia berusaha untuk pulih.


"Mendengar keprihatinan pekerja dan menyediakan sokongan semasa masa-masa mencabar ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan kesetiaan dan rasa muhibah, dan kita punya peluang untuk meningkatkan kerjasama dan kreativiti dengan memperkenal langkah pembahagian kumpulan pekerja bagi menyesuaikan keadaan kerja (masa kini). Melihat pada keadaan dan mengambil kesempatan pada peluang-peluang yang ada akan memberi ganjaran apabila permintaan perniagaan kembali lagi."

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >