Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Syarikat jangka keadaan ekonomi lebih teruk pada 2017: Kajian SBF

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat jangka keadaan ekonomi lebih teruk pada 2017: Kajian SBF

Dec 28, 2016 | 11:55 AM



IKLIM ekonomi di Singapura merosot tahun ini menurut syarikat yang ditinjau dalam satu kaji selidik baru, dengan hampir separuh menjangka tahun akan datang lebih buruk.



Ini antara dapatan Tinjauan Perniagaan Nasional tahunan terkini yang dijalankan oleh Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF).



Kaji selidik itu meninjau lebih 1,100 syarikat daripada semua industri utama mengenai prospek bagi 2017, pandangan mereka mengenai dasar pemerintah, dan cabaran utama yang dihadapi.



Ia menunjukkan kos operasi dan tenaga kerja kekal sebagai kebimbangan utama syarikat, dengan kira-kira dua pertiga responden menyebutnya sebagai cabaran utama.



Perniagaan juga mengharapkan lebih banyak bantuan pemerintah bagi mengharungi kesusahan dalam tempoh pertumbuhan lembap ekonomi.



Hanya 28 peratus syarikat yang ditinjau berkata mereka berpuas hati dengan dasar sedia ada pemerintah.



Dalam kalangan syarikat kecil dan sederhana (SME), hanya 27 peratus berkata mereka berpuas hati, berbanding 39 peratus daripada syarikat lebih besar.



Lebih satu pertiga SME dan syarikat besar yang ditinjau menggesa agar disediakan lebih banyak langkah sokongan untuk melawan keadaan ekonomi yang semakin teruk.



Kaji selidik itu juga mendapati perniagaan berminat berkembang ke luar negara tetapi mungkin tidak mempunyai kepakaran yang diperlukan untuk berbuat demikian.



Lapan daripada setiap 10 syarikat yang ditinjau berkata Asean menjadi rantau pilihan untuk pengembangan luar negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >