Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Syarikat kereta sewa teruk terjejas akibat pandemik Covid-19

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat kereta sewa teruk terjejas akibat pandemik Covid-19

Jun 03, 2020 | 09:50 AM



KEMELESETAN ekonomi dan perintah kawalan pergerakan telah menjejas terus industri kereta sewa di sini.



Akhbar The Straits Times hari ini melaporkan populasi kereta sewa menyusut 1.4 peratus pada bulan lalu kepada 76,312. 



Ini adalah kejatuhan kedua berturut-turut dalam dua bulan, menjadikan populasi - yang telah meningkat hampir berterusan dalam enam tahun terakhir - ke paras terendah dalam enam bulan, menurut perangkaan terbaharu Penguasa Pengangkutan Darat (LTA). 



Angka tersebut terdiri daripada 54,545 kereta sewa peribadi dan 21,767 sewa memandu sendiri.



Pengamat industri menganggap angka tersebut akan terus menyusut, karena lebih banyak syarikat akan mengurangkan kenderaan mereka disebabkan permintaan yang lebih rendah, terutama bagi segmen sewa kereta privet.



Pemandu kreta privet tidak dapat menyara kehidupan kerana jumlah penumpang menjunam sehingga 60 peratus menyebabkan mereka mengembalikan kereta kepada syarikat.



Dianggarkan 20,000 kereta tidak bergerak, lebih mengumpulkan habuk di tempat letak kereta di seluruh negara termasuk di Turf City, Textile Center, Carros Center dan Hab Sukan.



Ini tidak hanya mempengaruhi pengusaha sewa swasta seperti Grab dan Gojek, tetapi juga peniaga kenderaan yang mengambil pinjaman untuk membekalkan kenderaan ini kepada mereka.



Presiden Persatuan Penyewaan Kenderaan, Encik Vincent Tan berkata: "Semua bidang perniagaan penyewaan kereta telah terkesan akibat pandemik yang berlaku."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >