EKONOMI
Syarikat milik Pergas susun semula strategi, sedia luaskan khidmat
Apr 20, 2019 | 05:30 AM
SYARIKAT milik Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Pergas Investment Holdings (PIH), telah selesai melaksanakan penyusun semula strateginya dan kini bersedia meluaskan perkhidmatan yang ditawarkan.
Khidmat yang disediakan itu meliputi empat bidang - pelaburan hartanah, pengurusan halal, kewangan Islam serta khidmat korban dan akikah.