PERANG DAGANG CHINA-AMERIKA SYARIKAT
Syarikat pelbagaikan sumber bekalan, pendapatan untuk elak teruk terjejas
Tidak mahu terlalu bergantung kepada dua ekonomi terbesar dunia
Jun 07, 2019 | 05:30 AM
BEBERAPA syarikat Singapura, termasuk milik Melayu/Islam, telah mengambil langkah berjaga-jaga sebelum 'perang' dagangan China dan Amerika Syarikat menjejas perniagaan mereka.
Mereka memberitahu Berita Harian (BH) bahawa amat penting bagi mereka mempelbagaikan sumber bekalan mereka agar tidak bergantung kepada dua ekonomi terbesar itu sahaja.