TADBIR urus korporat dalam kalangan 100 syarikat terbesar di Bursa Singapura (SGX) bertambah baik tahun lalu tetapi masih banyak ruang bagi memperbaikinya, menurut Kad Markah Tadbir Urus Korporat Asean.
Singapore Telecommunications Ltd (Singtel) mendahului senarai itu bukan sahaja di Singapura buat dua tahun berturut-turut, bahkan dalam kalangan lima negara lain, iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam.